Thursday, June 24, 2010

Coffee Set - Moriage Dragonware 2











Kali ni, saya nak berkongsi dengan pembaca tentang salah satu lithophane geisha yang agak jarang dilihat iaitu Geisha Risau (Worried Geisha).

Set Geisha yang berwajah risau ni berbeza dengan Coffee Set Moriage Dragonware 1, berwarna ungu. Selain warna dan muka Geisha, ia ada beberapa perbezaan iaitu:

1. Tekstur permukaan lebih kasar
2. Naga bermata biru muda dan anak mata jelas kelihatan. Ia pandang ke bawah. Naga di Coffee Set MD 1, bermata biru tua, dan anak mata mcm tak ada.
3. Warna sisik emas naga lebih terang, janggut lebih lebat..hehe..dah lebih teliti lah ukiran naganya.
4. Ada alun2 putih di tepi bibir cawan

Berbincang dengan penjualnya, En. Eis (eisantique.blogspot) beliau mengatakan set ini lebih lama umurnya dari yang lain2. Buat pertama kali saya lihat set geisha ini, saya sangka ia set agak "baru" sebab warna fluorescent hijau nya tu. Tapi setelah melihat geisha nya..saya rasa tidak. Piringnya tak ada. Ada rezeki, hopefully jumpa..Dan tak ada cop. Mungkin untuk pasaran jepun. Jika ada sebarang pendapat, silakan berkongsi..

No comments:

Post a Comment