Friday, July 2, 2010

Tea Cup - Permandangan Jepun 4


“Vulnerable Geisha” atau dalam Bahasa Melayu, Geisha yang “mudah terdedah dengan bahaya”. Mukanya begitu jujur dan sweet, sebab tu kottt ramai orang nak usik.. Di keliling muka geisha ni, ada daun2 kelabu dan 6 kuntum bunga berwarna kuning. Pada pemerhatian saya, imej Geisha ini antara yang manis dan sopan.

Bersanggul bunga, dan kelopak bunga jelas kelihatan. Maaf, bunga apa yaa...saya tak tahu..macam pernah kulihat bunga ini di Cameron Highland & Fraser Hill. Bunga yang kembangnya lebih kurang besar tapak tangan, ada yang berwarna pink dan purple..warna kuning pun ada juga rasanya.

Gambar di cawan dan piring tu memfokuskan kepada sebuah rumah besar yang terletak di tepi bukit/gunung dan laut. Ada pokok besar di belakang rumah , dua buah kapal di laut dan coreng2 merah di awan yang mendung..seakan-akan, Geisha ini ditinggalkan..

No comments:

Post a Comment