Showing posts with label Koleksi Meakin. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Meakin. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Sunshine & Maroon Lily..



Salam Ramadhan buat semua Muslim bloggers..diharap semoga dugaan dan cabaran di bulan yang berkat ini dapat diharungi dengan mudah dan mendapat keberkatannya..



Saya nak berkongsi koleksi Coffee Set pertama Sunshine J&G Meakin saya..bercorak bunga lily maroon...merah hatiku.



Ada 6 peringkat bunga lily ini berkembang, dari kudip hinggalah ke kembang semangkuk, boleh di lihat di corak bahagian depan dan belakang teko.




Tadi sempat jugak tgk2 kat internet tentang bunga lily..boleh baca kat wikipedia untuk mengetahui macam2 type bunga lily( http://en.wikipedia.org/wiki/Lilium). Saya rasa2 macam lily merah hati ini ialah dari jenis Lilium Martagon (http://en.wikipedia.org/wiki/Lilium_martagon. Sebabya ada diterangkan lily jenis ni banyak di Eropah. Wallahualam..


Kat tapak hampir semua item ada kesan calit dan 3 titik berwarna merah dan hijau. Sebabnya telah diterangkan oleh Pn. Yatt dalam n3 terbaru beliau mengenai koleksi kesayangannya, Old Mill Johnson Bros (http://yattbzgg.blogspot.com/2010/08/multicolor-old-mill-jb.html) yang juga terdapat kesan titik2 kat bawah item.





Set ini dibeli daripada Kak Zainab, Cheras. Terima kasih ye kak & hubby, rasa bertuah dapat memilikinya. Saya dapat set ini dalam keadaannya yang cun dan bersih sebabnya ia tak pernah digunakan lagi. Alhamdulillah. Sugar potnya tiada, tapi tak mengapa..ada rezeki, berjumpa nanti..





Mengikut seorang penjual barang antik di internet, keluaran sunshine ware dihasilkan sekitar tahun 1940-1963. Jika ada kawan2 yang ingin memberi komen tambahan, silakan ya. Terima kasih kerna sudi membaca tentang sunshine & maroon lily ini.

Wednesday, August 4, 2010

Creamer Pink Goh Ban Huat







Salam semua..diharap dalam keadaan sihat sejahteraa ya. Saya nak berkongsi khabar gumbira, yang creamer GBH pink telah pun selamat sampai baruuu sat sat ni..saya beli dari En. Din, Kafe Klasik Station (http://kafeklasikstation.blogspot.com/ ). TQ En. Din.


Cop creamer ni lain dari cop kat teko dan cawan piring yang saya ada..agak menarik.

Sekarang saya sedang memburu...Sugar Pot nya pulaa..jika sesiapa ada dan ingin menjualnya, kabar kabar kan yaa.


Sekiann, terima kasih kerna sudi membaca..have a nice day to all!

Tuesday, July 27, 2010

Rosa Glamour oleh Goh Ban Huat



Salam & Good Day semua..hari ni, rasa terpanggil nak berkongsi satu koleksi saya yang tak seberapa ini, iaitu teko dan cawan design Rosa J&G Meakin, buatan MALAYA, MALAYSIA dan KUALA LUMPUR..hehehe..nak wat camne..set ni bercop caca marba, tapi yang pasti..dihasilkan oleh sebuah syarikat yang orang dulu2 cukup kenal, sehinggalah ke hari ini..ia masih wujud iaitu Goh Ban Huat.



Teko - Zaman Malaya..retak seribu..


Piring - Dah dikenali sebagai Malaysia




Cawan - Di buat di Kuala Lumpur maaa..




Untuk lebih mengenali syarikat Goh Ban Huat, boleh lah kita baca artikel ini : http://www.btimes.com.my/articles/gbh02/Article/

Dari artikel tersebut, dinyatakan bahawa produk pertama Goh Ban Huat ialah cawan seramik untuk penanaman getah sekitar 1900 an. Rupa-rupanya, perusahaan pinggan mangkuk oleh Goh Ban Huat telah bermula sejak 1940an. Dan penghasilan cawan & piring kopitiam pula banyak dihasilkan sekitar 1950-60 an.
Dan sekarang, GBH terkenal di mata dunia dalam industri pembuatan paip seramik. Selain itu ia juga aktif dalam penghasilan alat kelengkapan bilik mandi, dan juga pinggan mangkuk iaitu jenama Crown Lynn. Boleh rujuk website rasmi GBH untuk maklumat lebih lanjut http://www.gbhgroup.com.my/

Tea set ni tidak lengkap lagi sebab takdakk sugar pot and creamer. Piring kuih..tak perlu rasanya..Jika ada sesiapa yang mempunyai lebihan sugar pot GBH pink rosa ni..saya ingin meminangnya... call/sms saya yaa. Creamer pink GBH sedang dalam perjalanan, insya Allah sampai tak lama lagi..