Showing posts with label Koleksi Acuan Lama. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Acuan Lama. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Acuan agar-agar F&N..



Salam & Good Day,
Selain dari gelas, ada juga item F& N lain yang saya jumpa, seperti acuan agar-agar ini. Ia juga boleh jadi mangkuk/bekas..macam-macam boleh..terpulang empunya diri nak gunakannya sebagai apa.
Mungkin belum sesuai digelarkan sebagai barang antik, namun ia agak unik kerana sifatnya yang serbaguna. Lalu saya jadikan ia koleksi F&N yang istimewa..
Sekian, terima kasih..

Thursday, July 8, 2010

Acuan agar-agar lagi? Sorii..

Maaf ya, crite acuan agar2 aluminium ni tak abis2 lagi... Acuan ini berbeza dari segi design, lebih banyak lekuk2 pula. Sekadar berkongsi..terima kasih kerna sudi baca dan memandangnya walaupun sekejap..:-)..ehh..ehhh..terlebehh sudahh..

Tuesday, July 6, 2010

Acuan agar-agar lama..di Pasar Pagi Kamunting

Acuan agar-agar aluminium ini saya beli di Pasar Pagi Kamunting, hari Sabtu beberapa minggu lepass. Setiap kali balik Tepeng, rasanya miss something kalau tak terjah pasar pagi kat Kamunting ni.

Acuan agar-agar ni masih elok, jumpa sepasang saja. Amat ringan. Mungkin juga boleh digunakan untuk membuat kuih-muih lain..errrr..boleh ke? Corak di luar dan dalam acuan seakan-akan yang boleh dilihat di mangkuk tingkat atau bekas makanan aluminium yang dah jadi koleksi antik sekarang.
Sebarang pendapat amatlah dialu-alukan. Terima kasih..

Monday, June 21, 2010

Acuan agar-agar antik



Saya pernah tengok acuan agar-agar kaca, plastik, dan aluminium warna silver. Jadi bila jumpa yang lain skit macam acuan agar-agar antik aluminium warna pinky nih..rasa happy!
Acuan agar-agar antik yang baru saya beli ni ada 3 jenis, berbeza saiz dan corak. Dibuat dari aluminium, warnanya rosepink kilat. Ada corak sejambak bunga, buah mangga kot! dan nenas. Yang bersaiz besar ada penyangkut dan kat situ ada bertulis "HONG KONG". Made in Hong Kong lah niii.

Saya ada lebihan 3 biji acuan corak sejambak bunga & nenas..jadi kalau sesiapa nak barter dengan acuan agar-gar lama jugaaa..tak jadi masalah. Amatlah dialu-alukan. Call/SMS 012-2195200. TQ!