Showing posts with label Koleksi Lithophane Geisha. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Lithophane Geisha. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Quizzical Face with Beautiful Kimono..


Salam semua..


Selain corak buluh , permandangan gunung, laut dan naga yang cukup sinonim dengan corak porselin dari jepun..kita boleh juga dapati corak lain seperti gambar wanita berkimono/geisha.





Ingin saya berkongsi dengan rakan2, satu set kopi yang bercorak seperti ini. Koleksi ini agak ceria kerana berwarna warni. Terdapat corak 2-3 kuntum bunga merah dan pink besarr di tengah, manakala dua wanita berkimono merah garis emas dan kuning emas tu nampak sedang bersembang..tapi kenapa yang pakai baju merah tu menolehh sajaa..hehe.




Lukisan tangan yang teliti, saya suka tengok kimono merah bergaris emas, kerna garis2 emas itu teratur dan cantik.







Lithophane di dalam cawan berimej "Quizzical Geisha". Wajah imej ini kelihatan seperti sedang berpikirr dan penuh tanda tanya, boleh di lihat kerut di kening. Macam orang mengejek pun ada. Wallahualam.






Koleksi ini saya beli dari Helen, seorang collector dan kawan baru. Many thanks Helen. Beliau ada memberi free gift..dan saya bercadang untuk berkongsi dengan rakan2 kelak..insya Allah.



Bercop di bawah semua item kecuali cawan, "Soho China, Hand Painted".

Jika ada sebarang komen, amatlah dialu-alukan. Terima kasih kerna sudi membaca tentang koleksi ringkas ini..

Wednesday, August 18, 2010

Serene Geisha & Buluh Emas..


Salam Hari Rabu..tengah buat apa tuuu..

Di harap semua gembira menjalankan ibadah puasa.



Di kesempatan ini, saya nak berkongsi koleksi cawan dan piring Buluh Emas, yang mengandungi lithophane "Serene Geisha"..Geisha yang berwajah tenang..lihat lah wajahnya, sedang senyum. Hehe


Nama lithophane ini dinamakan "Serene Geisha" oleh seorang collector, Helen, yang bertahun-tahun mengumpul lithophane. Cawan ini juga saya beli dari beliau. Many thanks Helen!


Di bawah piring bercop "Unity", salah satu cop yang selalu dilihat di cawan lithophane jepun.

Sekian saja coretan pendek di petang rabu..terima kasih kerna membaca.. sebarang komen, dialu-alukan..

Monday, August 9, 2010

2 ekor Merak & Gadis berbunga Daisi di kepala




Salam hari Isnin..rasa hari ini nak berkongsi dengan kawan2, satu koleksi ringkas iaitu cawan lithophane bergambar "Daisy Flowers Geisha". Ia agak jarang dijumpai, jika dibandingkan dengan wajah "Common Geisha" dan beberapa lithophane yang lain.
Di cawan dan piring ada gambar lukisan tangan, 2 ekor merak, mungkin satu betina dan satu jantan..sebab sekor lawa dan warna warni, dan sekor lagi kurang penampilannya dan sedang melihat ke arah merak yang lawa dan megahh tu. Hehe..mana satu jantan dan betina, saya tak pasti..
Cawan dan piring amatlah nipis, egg-shell porcelin. Kena berhati-hati bila membeleknya.
Sekian saja coretan pendek petang Isnin ini..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Berkat, semoga kita semua dimudahkan menjalani ibadah puasa dan tugas sehariann. Dan mendapat keberkatan. Insya Allah...

Sunday, July 25, 2010

Simple Garland Geisha & 4 Red Roosters






Salam petang Ahad buat semua..


Diharap hari yang penuh santai ini memberi semangat untuk menjalankan kehidupan di esok harinya..OK, hari ni saya ingin berkongsi sepasang cawan dan piring dari Jepun yang agak berwarna-warni dan lithophane nya ialah "Simple Garland Geisha" .
Corak di cawan adalah corak "printed"..saya andaikan ia dihasilkan dengan teknik moden, tapi menerapkan unsur lama iaitu dengan hadirnya lithophane.
Walaupun begitu, imej "Simple Garland Geisha" didapati berkualiti rendah, menunjukkan betapa tidak mudahnya menghasilkan cawan lithophane ini..atau..acuan gambar memang sudah kurang sempurna..
Sebarang pendapat dialu-alukan. Sekian, sekadar berkongsi..terima kasih..

Friday, July 16, 2010

Geisha with Mole on Chin..Affectionate Geisha






Salam semua di petang Jumaat & Good Day..


Happy! apabila kita berjumpa lithophane yang tidak pernah di ceritakan di internet, e-bay dan sebagainya.


This is my new finding, the lithophane image is as follow:

-Bermuka manis, senyum (sweet-faced geisha & smiling)

-Pandang ke bawah, arah kanan (looks downward to the right)

-Rangakaian bunga di rambut (Garland on hair)

-Betahi lalat di dagu belah kiri (Mole on chin, slightly to the left)


I would like to name her as "Affectionate Geisha"..Geisha yang Penyayang..boleh kaaaa..boleh lah boleh...

Sebarang komen amatlah dialu-alukan. Terima kasih & Thank You..

Thursday, July 15, 2010

Coffee Set - Buluh Betung Emas 1






Salam, Selamat Pagi, Good Morning et Bonjour!

Di pagi yang cerah ni, saya ingin berkongsi satu set kopi yang dinamakan Buluh Emas (Golden Bamboo). Imej pokok buluh yang besar, menghadap 2 buah pondok/rumah, terletak di tepi sungai dan ada sebuah jambatan. Juga dapat dikesan 4 ekor burung terbang dan angin bertiup sepoi2 bahasa..dan semestinya lah ada gunung di belakangnya. Ini permandangan yang agak sinonim dengan Jepun. Ini lukisan tangan kerana ada perbezaan sedikit dari satu item ke satu item yang lain.

Lithophane "Common Geisha" terletak dalam cawan. Dan di belakang setiap item kecuali cawan bercop "N S".

Sekadar berkongsi..Semoga hari ini dan seterusnya memberi keceriaan kepada semua. Sebarang komen dialu-alukan, terima kasih..

Tuesday, July 13, 2010

Tea Cup - Sweet-Faced Geisha at Park..manis btol..



Salam & Good Day,


Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog ini yang sudah berusia 1 bulan setengah (first n3 pada 30 May 2010), dan blog mak ayah saya yang baru saja dilancarkan hari ini. Jemputlah ke blog baru mereka http://mamaria-antique.blogspot.com/. Kepada yang sudi singgah, terima kasih banyak2 yaaa..Koleksi mak saya tidaklah sebanyak otai2, cuma mak ingin berkongsi dengan pembaca serba sedikit koleksi yang ada..


Petang ini, saya nak berkongsi satu imej lithophane yang jarang ditemui iaitu Geisha Bermuka Manis (Sweet-Faced Geisha). Sepadan dengan mukanya yang senyum dan happy, corak di cawan pun agak ceria dan tenang iaitu permandangan di taman. Ada pagoda, jambatan, gunung, sungai, 2 buah kapal berlayar dan 5 ekor burung terbang di langit cerah. Ini lukisan tangan..


Imej geisha agak jelas dan terang. Sayang, piringnya tiada..maka tiada cop untuk dikongsi.

Monday, July 12, 2010

Coffee Set - Common Geisha with Dragon & Phoenix








Kopi set ini berwarna-warni dan meriah kerana warna emas yang terang bergabung dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
Imej haiwan mitos naga dan burung Phoenix..adalah simbol kekuatan kerana kedua-dua haiwan mitos ini adalah antara 4 "haiwan di langit" yang terkuat (2 haiwan lain i tak tauuu..hehe) dan mereka adalah pasangan yang sempurna mengikut Feng Shui. Jadi set kopi ini selalu digunakan untuk upacara perkahwinan..dan ia melambangkan si suami dan isteri akan mengharungi susah dan senang bersama. Boleh rujuk http://www.thecrabbynookgarden.com/dragonphoenix.html
untuk mengetahui cerita selanjutnya..
Corak naga dan pheonix ini selalu dapat dilihat di pakaian, bangunan, alat-alat institusi raja China.

Ini adalah set dari Jepun, kerana ada lithophane "Common Geisha". Kalau diperhatikan copnya, ia berbentuk mahkota raja. Set ini beli dari En. Eis (eisantique). Ada satu teaset buatan China yang saya beli dari Idamin (Chenta Antik), jika sekali imbas dipandang coraknya, ia tiada beza dengan buatan Jepun ini.

Sekian, sekadar berkongsi..sebarang komen amat dialu-alukan. Terima kasih.

Saturday, July 10, 2010

Coffee Cup - Quizzical Geisha, Permandangan Jepun 5





Salam di larut malam..

Ini contoh cawan kopi lithophane yang mempunyai imej "Quizzical Geisha". Wajah yang penuh tanda tanya..seakan-akan mengejek pun ada..
Permandangan di cawan dan piring, seakan-akan sebuah kampung di tepi laut dan ada 2 buah kapal berlayar. Suasana agak muram dan mendung..tengok lama2 cawan ni, boleh tido..hehe
Ada cop HHH dan tulisan jepun di belakang piring..kalau ada sesiapa ada maklumat berkenaan cop dan sebagainya, amatlah di alu-alukan untuk berkongsi..
Selamat malam semua!

Thursday, July 8, 2010

Coffee Cups - Dua gadis bersaudara? 1




Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca, satu koleksi cawan lithophane yang corak permandangannya ceria sedikit jika dibandingkan dengan koleksi yang lain2. Koleksi yang terdiri dari set 5 cawan bujang dan piring ini, mempunyai imej "Common Geisha".
Cawan dan piring mempunyai gambar lukisan tangan menunjukkan 2 orang gadis berkawan/adik beradik/Geisha di tepi laut memandang ke arah kiri. Kebetulan imej "Common Geisha" di dalam cawan pun memandang ke arah kiri.

Lagi yang menarik, copnya agak unik iaitu EAC, HAND PENTED, MADE INJAPAN..tidaklah saya tahu sama ada, kesilapan ejaan disengajakan atau tak...errr, tak boleh create story. Wallahualam.
Set ini saya dapat dengan bantuan En. Eis, eisantique. Many thanks to him.
Sebarang komen dialu-alukan. Sekadar berkongsi, terima kasih..

Monday, July 5, 2010

Coffee Set- Silver Flamingo 1






Salam & Good Day..kali ni saya berkongsi akan satu set geisha yang saya namakan "Silver Flamingo"..sebabnya ada burung seakan-akan Flamingo di atas pokok kemungkinan pokok pine (yang pasti bukan pokok buluh..) memandang ke arah tasik/sungai, gunung & pagoda. Menarik sebab corak permandangannya agak besar menutupi depan teko & cawan.

Geisha di dalam cawan adalah "Common Geisha", bercop H.H.P. Set dibeli dari En. Eis, eisantique.
Sebarang komen dialu-alukan..