Thursday, August 19, 2010

Quizzical Face with Beautiful Kimono..


Salam semua..


Selain corak buluh , permandangan gunung, laut dan naga yang cukup sinonim dengan corak porselin dari jepun..kita boleh juga dapati corak lain seperti gambar wanita berkimono/geisha.





Ingin saya berkongsi dengan rakan2, satu set kopi yang bercorak seperti ini. Koleksi ini agak ceria kerana berwarna warni. Terdapat corak 2-3 kuntum bunga merah dan pink besarr di tengah, manakala dua wanita berkimono merah garis emas dan kuning emas tu nampak sedang bersembang..tapi kenapa yang pakai baju merah tu menolehh sajaa..hehe.




Lukisan tangan yang teliti, saya suka tengok kimono merah bergaris emas, kerna garis2 emas itu teratur dan cantik.







Lithophane di dalam cawan berimej "Quizzical Geisha". Wajah imej ini kelihatan seperti sedang berpikirr dan penuh tanda tanya, boleh di lihat kerut di kening. Macam orang mengejek pun ada. Wallahualam.






Koleksi ini saya beli dari Helen, seorang collector dan kawan baru. Many thanks Helen. Beliau ada memberi free gift..dan saya bercadang untuk berkongsi dengan rakan2 kelak..insya Allah.



Bercop di bawah semua item kecuali cawan, "Soho China, Hand Painted".

Jika ada sebarang komen, amatlah dialu-alukan. Terima kasih kerna sudi membaca tentang koleksi ringkas ini..

No comments:

Post a Comment