Tuesday, August 24, 2010

Berbuka puasa bersama Kekwa Hitam..






Salam semua..nampaknya sebentar lagi kita akan berbuka puasaa..setelah sehari suntuk menahan lapar dahaga. Semoga kita semua mendapat pahala puasa yang setimpal..insya Allah. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit wajah2 koleksi kekwa hitam ku. Saya lihat style design kekwa hitam ni agak "low profile" tetapi menarik, ringkas..Keaslian melayu tu ada. Mungkin kerana corak bunga kekwa hitam yang berdaun tu sama lebih kurang corak ukiran orang melayu..











Saya mula mengumpul kekwa hitam lebih kurang sejak 2 bulan lepas..ada yang di beli dari kedai2 lama melayu & apek kat sekitar Semenyih, Banting, Bangi. Tak dilupai Kak Lela dari Shah Alam yang memang minat mengumpul Kekwa Hitam dan telah sudi menjual lebihan koleksi yang beliau ada.Terima kasih pada semua..







Tapi pencarian belum berakhir..antaranya ialah mangkuk & piring bujur ..Juga kalau bernasib baik..mahu juga lihat & mempunyai teko aladdin nya. Dan kalau bertambah baik..nak juga lihat dan rembat tureen nyaaa..hehe. Walaupun tak pernah melihat tureen kekwa hitam..









Ada satu ceritaa..pada satu hari..ketika berjalan2 dari satu ke satu blogs...ternampak saya akan satu tureen seakan-akan kekwa hitamm!!! Corak bunga ini dinamakan "Teratai Hitam". Saya dah berkenann..lalu bertanya2 pada Ms. Nita, (http://pasttimescollectibles.blogspot.com/). Akhirnya tureen seakan-akan kekwa hitam ini menjadi milik saya pada hari Ahad lepas. Rasa happy kerna dapat berjumpa dan berkenalan dengan Ms Nita di Tol Bangi, sebelum ni asyik ber sms jer. Walaupun sekejap saja dapat berjumpa, saya rasa cukup gembira..dapat kenalan baru dan tureen pertama! Bila digandingkan dengan set kekwa hitam..bagi saya ngam sajaaa! Thank you Ms Nita!






Begitulah coretan pendek di petang Selasa yang permai..terima kasih kerna sudi membaca coretan dan melihat koleksi yang tak seberapanya ini. Selamat berbuka puasa kepada muslimin muslimat and Have a nice day to all!

No comments:

Post a Comment