Monday, August 9, 2010

2 ekor Merak & Gadis berbunga Daisi di kepala




Salam hari Isnin..rasa hari ini nak berkongsi dengan kawan2, satu koleksi ringkas iaitu cawan lithophane bergambar "Daisy Flowers Geisha". Ia agak jarang dijumpai, jika dibandingkan dengan wajah "Common Geisha" dan beberapa lithophane yang lain.
Di cawan dan piring ada gambar lukisan tangan, 2 ekor merak, mungkin satu betina dan satu jantan..sebab sekor lawa dan warna warni, dan sekor lagi kurang penampilannya dan sedang melihat ke arah merak yang lawa dan megahh tu. Hehe..mana satu jantan dan betina, saya tak pasti..
Cawan dan piring amatlah nipis, egg-shell porcelin. Kena berhati-hati bila membeleknya.
Sekian saja coretan pendek petang Isnin ini..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Berkat, semoga kita semua dimudahkan menjalani ibadah puasa dan tugas sehariann. Dan mendapat keberkatan. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment