Tuesday, July 20, 2010

Heap Hoe & Co. Coffee Powder Factory Singapore


Salam & Good Day semua..

Koleksi cawan dan piring kopitiam yang ada, hanya beberapa saja..mulanya saya beli sebiji cawan tanpa piring dari Afzarizal (http://afzarizal.blogspot.com/) lebih kurang 2 bulan lepas. Cawan mulut lebar kopitiam ni bertulis "HEAP HOE & CO. COFFEE POWDER FACTORY SINGAPORE" dan lambang Kapal Layar. Masa beli tu..memang terpikirrr, bilalah nak dapat piringnya pulak..tak kan kene pi singapore kot..hehe

Dan pada minggu lepas, ditakdirkan saya berjumpa dengan 3 biji cawan kecil dan piring berjenama yang sama di Amcorp Mall...last minute decide nak pi ke sana. Maka jadi meriahlah pulak cawan piring kopitiam Heap Hoe nih.



Di piring kopitiam ini bertulis nama syarikat, brand iaitu "SHIP REGD BRAND" dan alamat : No. 5 HAVELOCK ROAD SINGAPORE (tulisan agak samar2, tapi masih boleh dibaca..).


Sekian..inilah yang dikatakan, kalau ada rezeki tidak ke mana..sebarang komen dialu-alukan..terima kasih..

2 comments:

  1. salam...wahhh best nya kak yana.....agak2 klau nak pinang sepasang dapat x?? hehehehheh

    ReplyDelete
  2. hehe ida..tak sampai hati nak melepasskannya pegii..terima kasih kerana bertanyaa..

    ReplyDelete