Monday, July 12, 2010

Coffee Set - Common Geisha with Dragon & Phoenix








Kopi set ini berwarna-warni dan meriah kerana warna emas yang terang bergabung dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
Imej haiwan mitos naga dan burung Phoenix..adalah simbol kekuatan kerana kedua-dua haiwan mitos ini adalah antara 4 "haiwan di langit" yang terkuat (2 haiwan lain i tak tauuu..hehe) dan mereka adalah pasangan yang sempurna mengikut Feng Shui. Jadi set kopi ini selalu digunakan untuk upacara perkahwinan..dan ia melambangkan si suami dan isteri akan mengharungi susah dan senang bersama. Boleh rujuk http://www.thecrabbynookgarden.com/dragonphoenix.html
untuk mengetahui cerita selanjutnya..
Corak naga dan pheonix ini selalu dapat dilihat di pakaian, bangunan, alat-alat institusi raja China.

Ini adalah set dari Jepun, kerana ada lithophane "Common Geisha". Kalau diperhatikan copnya, ia berbentuk mahkota raja. Set ini beli dari En. Eis (eisantique). Ada satu teaset buatan China yang saya beli dari Idamin (Chenta Antik), jika sekali imbas dipandang coraknya, ia tiada beza dengan buatan Jepun ini.

Sekian, sekadar berkongsi..sebarang komen amat dialu-alukan. Terima kasih.

2 comments:

  1. Lovely, I didn't realise that the Dragon and Phoenix sets ever had lithophanes in them, mine do not. Excellent find and very best wishes for your collecting, Helen

    ReplyDelete
  2. Many thanks Helen for your kind visit and comment. Do visit again. Most of my lithophanes are "Common Geisha"..need to find more rare items. Thank u!

    ReplyDelete