Thursday, July 8, 2010

Coffee Cups - Dua gadis bersaudara? 1




Hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca, satu koleksi cawan lithophane yang corak permandangannya ceria sedikit jika dibandingkan dengan koleksi yang lain2. Koleksi yang terdiri dari set 5 cawan bujang dan piring ini, mempunyai imej "Common Geisha".
Cawan dan piring mempunyai gambar lukisan tangan menunjukkan 2 orang gadis berkawan/adik beradik/Geisha di tepi laut memandang ke arah kiri. Kebetulan imej "Common Geisha" di dalam cawan pun memandang ke arah kiri.

Lagi yang menarik, copnya agak unik iaitu EAC, HAND PENTED, MADE INJAPAN..tidaklah saya tahu sama ada, kesilapan ejaan disengajakan atau tak...errr, tak boleh create story. Wallahualam.
Set ini saya dapat dengan bantuan En. Eis, eisantique. Many thanks to him.
Sebarang komen dialu-alukan. Sekadar berkongsi, terima kasih..

2 comments:

  1. Hai mamayana..! rasanya salah ejaan memang ada banyak set geisha sy jumpa mcm tu..ibarat mcm org tak tau nak spelling english mcm tu lar kira nya..tapi kalau di ikutkan sampai sekarang pun org2 jepon ni mmg x angkat bahasa mat saleh ..sampai sapa yang berurusniaga d sana pun kena belajar bahasa depa..betoi2 hebat org jepon ni..kita d Malaya sebaliknya..sedih2

    ReplyDelete
  2. Terima kasih en eis kerna berkongsi..ada pengajaran dari bende kecil mcm ini..jangan takut utk ketengah, walaupun ada kekurangan..janji produk bagihh..

    ReplyDelete