Sejak berjinak2 mengumpul barang2 lama mcm pinggan mangkuk ni, saya mula menghargai pemilihan bahan untuk produk yang juga seiring dengan perubahan zaman. Setiap bahan ada kebaikan dan keburukannya.
Pinggan mangkuk ayan/enamel ni agak baru bagi saya..oleh tu, saya rasa teruja sikit nak buat collection. Antara kebaikannya :
1. Tak pecah berderai, tapi boleh kemek
2. Tahan panas, saya pernah saksikan sendiri, lauk untuk kenduri dipanaskan dalam besen ayan.
3. Bagi pinggan mangkuk yang tak bercorak, warna pastel spt. baby pink, baby blue..yellow, green..all babies..digunakan. Sebab tu nampak soft and cutee. Dan di bibir garisan mangkuk/pinggan ada garisan warna yang terang mcm hijau tua dan merah.
4. Bagi yang bercorak, saya tak boleh komen apa2..sebab tak ada collection. Wait and see..insya Allah di lain masa boleh lah berkongsi.
Keburukannya : Satu saje..yang saya tauu ia boleh berkarat..
Saya tak sempat nak study tentang material enamel/ayan ni dengan lebih lanjut..sesiapa tahu boleh lah berkongsi..
No comments:
Post a Comment