Sunday, May 30, 2010

Lithophane Geisha


Pernahkah u all perhatikan di dalam cawan2 lama jepun..kadang2 ada imej perempuan jepun, bersanggul, senyum atau sedih? Imej itu hanya boleh dilihat bila ada cahaya..cahaya dengan intensti tertentuu di belakang tapak cawan! Yea, itulah lithophane! Begitulah sains dan seni bergabung..hasilnya boleh dilihat di cawan jepun lama ini.

Dari bacaan di internet, Jepun banyak menghasilkan cawan sebegini sekitar 1920-1940. Apa2 pun, zaman ini adalah zaman perang World War II, di mana Jepun memang terlibat secara langsung seperti penaklukan Mancuria, berperang dengan China & US. Penghasilan cawan2 ini di waktu perang, memang agak unik. Yelah..di waktu kacau bilau. Padanlah jika diteliti, kualiti gambar nya berbeza2. Mungkin sebab
i) perang
ii)mold quality. Company like noritake & kutani guna mold yg elok, so imej pun baik. The used mold tu dibeli pulak oleh company lain, hasilnya kualiti berbeza sebab guna used mold..

German pun ada buat cawan & mug Lithophane, cuma imejnya berlain skit spt famous people (raja2 england),pemandangan, bangunan..itu yg dapat saya simpulkan setelah selak punya selak websites.

Banyak sebab, jepun bersusah payah hasilkan seni seperti ini. May be:
i) ingin mempopularkan Jepun dengan design yg agak unik!
ii) ingin ketengahkan kecantikan perempuan jepun pada dunia
iii) sbg hadiah/tatapan kepada askar2 jepun yang pergi berjuang..

seribu satu sebab..apa2 pon I like the art!Betulllah setiap bangsa itu ada kelebihannya. Kita, mungkin dulunya pakar buat songket, ukiran..yang mana juga perlu ketelitian yg tinggi. Mungkin juga, kelebihan pada budi bahasa..

Untuk melihat imej2 Geisha, boleh rujuk website ini : http://www.lithophane.org.uk/

Terima Kasih, Thank You!

3 comments:

  1. info yang menarik..! sb tidak semua blogger tau sejarah atau info sesuatu koleksi yang di miliki..terus kan usaha agar dpt di kongsi bersama

    ReplyDelete
  2. salam mamayana..
    saya datang menjengok blog antik baru..saya link & follow ye..koleksi yg marbeles!!

    ReplyDelete
  3. thank u..thank u to both of u..terharu i..hehe. ni hobi baruuu, tengah bersemangat itulah, study skit2. Harap dapat dikongsi mana yg baik.

    ReplyDelete