Saturday, March 31, 2012

Cawan untuk yg berkumis lebat..



Salam & hi semua..
Selamat berehat di hujung minggu..hari ni nak berkongsi sebiji cawan yang direka untuk mereka yang berkumis. Cawan ini buatan German, bertulis "3L" di bawahnya. Dan " A presrur". Ada sesiapa tahu apa maksudnya?
Kalau ikutkan sejarah, cawan untuk orang bermisai mula direka oleh seorang British bernama Harvey Adams, sekitar 1860 an (http://en.wikipedia.org/wiki/Moustache_cup). Mungkin beliau berkumis dan ada masalah apabila minum ..
Menarik kan..sekian, jumpa di lain masa.

Tuesday, March 6, 2012

Gelas F&N yang tidak mudah telepas dari tangan

Salam dan selamat sejahtera kawan2..ingin berkongsi sedikit tentang sejarah Fraser and Neave. Syarikat yang bermula di Singapura ni agak hebat yaa..boleh kita lihat pekembangannya dari tahun 1883, hingga kini..
Perniagaan mereka bermula dengan industri minuman, dan sehingga ke percetakan..
Aerated water - 1883
Brewing - 1931
Dairies - 1959
Glass bottle manufacturing - 1972
Property development and management - 1990
Publishing & printing- 2000.
Dalam banyak2 gelas F&N dalam koleksi, yang satu ini mempunyai design yang unik, di mana ia memudahkan si pengguna memegangnya dengan lebih yakin. Dengan corak timbul di bahagian bawah, ia memberikan daya geseran supaya tidak mudah terlepas dari tangan si pengguna nya!
Sekian, coretan pendek di petang hari..

Wednesday, December 7, 2011

Gelas Pepsi Kerawang



Salam,selamat sejahtera semua..nak sambung cerita tentang nak hunting pml, tapi dapat collectable items yang lain iaitu barang nescafe dan pepsi kerawang seperti di atas ni..nyonya bagi free.
Saya andaikan ia gelas pepsi vintage, berdasarkan corak dan ada cop crown kat tapak gelas, no 26. Gelas bertulis HAVE A PEPSI DAY . Ni satu2nya lah koleksi pepsi yang saya ada.
Sehingga berjumpa lagi, terima kasih.

Friday, December 2, 2011

For sale : Gelas retro bertali leher..

FOR SALE, 6 biji gelas zaman dahulu...RM35 only, COD - Bangi, Kajang, Putrajaya

Wednesday, November 30, 2011

..dapat mug and tumbler NESCAFE dari nyonya..






Salam and Good Day,






Nak share dengan semua, apa yang saya dapat lepas keluar dari sebuah kedai kepunyaan nyonya..






Setelah banyak soal jawab tentang barang lama..yang mana kedai beliau dah pon diselongkar oleh penggemar PML, saya pon nak beredar lah, nak balik..hehe, macam merajuk..






Maka, beliau pon lantasss mengambil sesuatu yang MERAHHH...eerrr.."ini free sajaa..ambil lahh"..mula2 tu, nak kata "tak payah lah nyaaa"..tapi sebab bersungguhh jer nyonya nak bagi..saya pun terima lahh...






Balik rumah, baru lah belek2...rupanya..barangan NESCAFE..collectible items ni.






Dalam mug NESCAFE tu bertulis " Have A Nice Day!" dan cover tumbler " 1 NOW 1 NESCAFE". Bukan tu saje...nyonya bagi saya gelas PEPSI, insya Allah, next posting, saya share..gelas PEPSI yang menarik itu ..terima kasih.








Wednesday, November 23, 2011

Mangkuk Gulai Wild Roses..Hasil Hunting

Salam & Good Day semua..ingin berkongsi hasil pencarian di sebuah kedai, pada minggu lepasss..Mangkuk Gulai Wild Roses!..dah jumpa tu, terus belii lahhh..tapi tauke kedai ni celik antik, maka harganya tak lah semurah yang diharapkan.
First time jumpa wild roses ..dapat mangkuk gulai pon jadii lah..hehe..sekian..saja nak berkongsi cerita..terima kasih..
(kenapa gamba di bawah ni berbelang..silap tekan mode kamera ke?)

Tuesday, November 22, 2011

Acuan agar-agar F&N..



Salam & Good Day,
Selain dari gelas, ada juga item F& N lain yang saya jumpa, seperti acuan agar-agar ini. Ia juga boleh jadi mangkuk/bekas..macam-macam boleh..terpulang empunya diri nak gunakannya sebagai apa.
Mungkin belum sesuai digelarkan sebagai barang antik, namun ia agak unik kerana sifatnya yang serbaguna. Lalu saya jadikan ia koleksi F&N yang istimewa..
Sekian, terima kasih..